Sunday, March 22, 2015

Part Time! Kerja Kerja Mau Kerja lah!

Assalamualaikum and Hi Guys!

Hari rabu BFF aku call, ajak teman dia pergi iv kt KLCC. Aku tanya ah iv ape weyh. Rupa-rupanya volunteer Petrosains. Aku cam wondering sementara aku tengah tanam anggur ni baik aku try macam fun je. "By camana hang apply?", aku start lah tanya. "Ala ola aku isi borang online ja, tapi tak tahu lah kalau hang boleh iv sekali dengan aku esok ke tak sebab dia ada intake ikut bulan." Haa sudah. Aku pun decide esok pergi balun ja pakai baju formal, kalau ada form terus isi and iv.

Kami sampai pukul 11.15, iv membe aku ni pukul 11.30. So sampai ja aku terus isi form dan tanya boleh ke iv terus. Katanye "no problemo!"... haha aku dah start nebes da. Adoi, dah lah tak prepare pape yela volunteer je pon kan. aiceh aiceeh.. Mula lah rasa nak terbe nak terkucil.. Tapi korang jangan risau iv dia bukan sorang-sorang. Mase turn kitorang tu, 6 orang sekali masuk sebab group last kan dalam pukul 1.30 juga. Kematu pungguk tunggu, masuk sume benda balik tak jadi keluar. Kehkehkeh, 3 Interviewer, mula lah cuak daah masing-masing. Ada 3 session, mula-mula hampa kena introduce urself, then talent session suka hati hampa la nak melalak ka, dangdut ka, guling ka, mengacara ka. Yang ketiga, kena ambil barang yang diorang sediakan dan cakap lah pape, kira promote lah. Mostly, semua task yang diorang sediakan ni nak tengok dari segi social and communication skills kita.

Starting ja, depa explain dulu pasal volunteer program, part yang bestnya lifetime weyh sampai umor hampa 65 tahun. Kalau umor hampa panjang la, kihkihkih In sha ALLAH kan..kan.. Then start dengan dilla depa suh lakonkan aksi2 macamana nak attract budak tadika dengan sains.. Pergh masing2 ketaq lutut dah...aisyhhh.. Dilla pon start "Hai adik2! nak tau tak macamana epal boleh jatuh ke tanah..?" Masalahnya mase dia cakap adik2 tu dia pandang aku dengan BFF aku..terpaksa lah sekali respond cam dak tadika..hahaha... lawak2... bila engat balik mmg kelako kena iv gitu gaye ghupenye... hahaha Yang nak dijadikan crita suma lepas and terus kitorg ada group wassup and jadik geng la ape laaagiiiii....

Nextweek nya terus orientation and ada On job Training (OJT). Masa orientation tak yah cakap lah, bosan tahap gilaaa, xdak la gila pon.. bosan sikit jaaa...hahaha part paling best makanan freee utk sminggu..heaven gilaaa breakfast + lunch + tea time... hahaha Masa orientation ni macam- macam talk lah kena dengo, such as how to greet tourist, gesture, how to attract kids, how to manage the crowd..? and etc. Enjoy memang enjoy..sebab hari2 dapat masok petrosains free..hahaha tapi bila dah hari2 masuk muak jugak lah aku. dok hadap  n explain benda same je setiap ari... tapi nak buat guane cari duit janji rezeki halal.


MSc by Coursework or Research??

Assalamualaikum u uolls..

Today genap la 2 bln 3 hari di UTP. Fuhh lame lagi kot nak genap 2 tahun. Hahaha.. Sekarang tengoh kejar dateline untuk RPD.. Mesti u oll uolls tertanya ape RPD tu kan.. Aku tau dah..sabor2 nak gtau lah ni..hahaha RPD ni stand for Research Proposal Defense.. UTP ni sistem dia pelik sikit, sebab dia tak nak kami dapat gaji buta begitu sahaja. That's why lah benda ni wujud... So berbalik kepada title di atas... Aku memang nak ambik by research sebab orang kata senang dapat keje.. tak tau lah benor ke tak statement tu.. tnggu aku da dapat keje nanti baru tau.. hahaha MSc by research ni memang susah sebab focus ko buat research je 24 jam, komitmen memang kena level same dengan tiang letrik.. Aku sekarang tengah buat GA untuk sem ni sebab aku tak dapat lagi MyBrain15.
Saket otak jugak lah kena ajar tutorial, lab bagai sebab kena prepare xkan nak ajar ajaran sesat lak kan..xpasal2 kena saman lak dengan guard sini. hahaha sapa2 yang paham tu mesti guling2.. itu untuk entry akan datang khas untuk pak guard sini. Tapi kalo ko buat by Coursework, tak payah GA bagai sebab korang hanya attend kelas according to your course lah. But still you have project at the end of your semester. Ala-ala FYP gitu lah gamaknya, dan kena buat thesis juga.

Pro and cons between this two still ada. Contohnya yuran untuk MSc by Coursework lagi murah dan xmembebankan lah nak bayor kalo UTP rm100 sebulan okay lah, kalo Msc by Research plak kita leh mintak MARA, MyBrain15 dan seangkatan dengannya. Dari segi tahun belajar sama ja, cuma Coursework ni rushing la sebab ada kelas, ada exam bagai, sama macam undergraduate student la gamaknya. MSc by research lak lebih fokus kepada research semata-mata, banyak kena attend conference, dateline conference and journal paper.
Ape-ape pun, niat kita nak belajo kan, so dua-dua bagi aku sama ja, janji nawaitu kita yang kena betul Lillahitaa'la. Ok gtg peeps! Ni ada lah gamabar yang aku boleh selitkan bagi mengakhiri entry aku kali ini.


Monday, August 18, 2014


Hari ni macam biasa berdua dengan aci. Ha kalau korang nak tau nama panjang dia bruno. Tapi nama manja dia aci, caca, chici. LOL umo aci sekarang dah 4 tahun same lama aku yang baru habis study ni. Ingat lagi masa tu pukul 3 aku teman abah pergi pasar keramat. Waktu tu hujan lebat sangat, abah kata ada anak kucing dekat bawah tong sampah besar tu. "Nak ambik ke kak", abah tanya. "Ambik je la bah sian dia". So kitorang decide ambik dia. Tapi time tu abah ingat dia dah kena lenyek dengan lori. Rupa-rupanya dia menyorok tepi tayar lori tu. Aci ni pompuan, hehe abah marah betul kalau kami adik beradik panggil dia kucing. Aci ni dah macam family kitaorang, punya lah susah nak train dia ni. Macam-macam hal bikin pusing kepala kitaorang satu rumah. haaa itu jeng jeng jeng kejap lagi terbongkar lah perangai buruk die. Bak kata orang perak, buruk beno perangainya tu.


Tak semua kucing kita suka. Sesetengah orang suka kucing yang macam gebu-gebu, bulu lebat macam kucing siam tu. Tapi bukan rupa nya yang kita cari because character tu lagi penting. Macam manusia juga rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Macam itu lah Aci ni, macam phantom, kaki stokin, misai macam ikan keli. Hahaha. Dia ni susah beno nak keluarkan bunyi, dan lagi satu tak suka dipegang. Kalau pegang pun paling lama tahan 2 minit. Memang dari kecik macam tu. Tak tahu la penyakit apa dia ni. Lepas tu suka minum air akuarium, nasib ikan aku tak mati. Mari kita tengok gambar die yang terbaru. CHECK IT OUT!

Sekarang dia dah montel macam tuannya. Hahaha Aci pandai kan. kan. Good Girl that's my girl. Dia pandai pergi toilet masuk dalam mangkuk jamban dan ugh ugh ugh startla projek dia. Taik dia tak pernah cair sebab taik dia macam taik kambing. Ketul-ketul gitu. Hahaha apa lah tuan dia ni cerita pasal taik lak. Well sebenarnya nak beritahu supaya bagi lah makanan yang bersesuaian dengan perut dia. Sebab badan dia tak boleh hadam macam perut manusia. So nasi tolong lah jangan bagi takt melekat dekat lelangit dia. Kadang-kadang bengang juga kucing jalanan yang kita selalu bagi makan tu tak ada masalah pun. Tapi kucing yang kita bela dan sayang tu lah yang banyak masalah sakit ini sakit itu. Tapi kerna sayang semua sanggup.